Kadangkala allah sembunyikan mata hari biography
Waktu berlalu pantas seperti berlari, tapi antara waktu itu, ada cerita antara kita…kisah suka mahupun duka…namun, semua itu pasti akan menjadi sebuah kenangan yang terindah dalam hidup kita…hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. sesuai dengan apa yang ingin ku sampaikan di sini, hidup kita nie umpama kala kita di atas, kadangkala kita di bawah…tak selamanya hidup kita nie akan senangkan…pengalaman mengajar aku untuk hidup lebih berdikari dan matang dalam menempuhi pelbagai ragam dan dugaan yang mendatang.
Kemanisan disebalik kepahitan???apakah itu???
Kadangkala Allah sengaja sembunyikan matahari, Dia turunkan hujan yang lebat sehingga hati ini tertanya-tanya ke mana hilangnya mentari…rupa-rupanya Allah nak bagi pelangi yang cantik lagi indah. Itulah kuasa Yang Maha Esa…tak siapa tahu tak siapa yang mampu menduganya…hanya Dia yang tahu…seringkali kita dengar dan menyatakannya, kita sebagai manusia nie hanya mampu merancang je,tapi segalanya terletak di tangan Allah kerana hanya Dia yang akan menentukan yang mana terbaik untuk diberikan kepada hambaNya…tepat sekali…berbalik kepada apa yang cuba disampaikan di sini…kemanisan…kita pasti sentiasa inginkan kemanisan yang berpanjangan…namun begitu, kadangkala kepahitan itu muncul jua tanpa disangka oleh kita sendiri. Begitulah lumrah hidup. Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia beri padaku kaktus yang berduri…ku minta pula kupu-kupu, diberiNya ulat…aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar…namun, tak lama kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali…dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik…begitulah cara Allah mengasihi diri kita…selalu indah tiba pada waktunya…kebiasaannya, kita akan mengalami kehidupan yang pahit dulu sebelum munculnya kebahagiaan…ini terjadi kerana Allah ingin menguji kita dan seharusnya kita bersyukur dan redha menerima setiap ujian dengan penuh kesabaran…kesabaran kunci kebahagiaan…
kita perlu sedar, hari nie bukanlah semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna, banyak yang perlu dikorbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan…sekali langkah tersadung, rebah menyembah…sekali melangkah gagah, tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata…selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usahlah digusar pada ANUGERAH ALLAH…anggaplah apabila sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bangun untuk menjadi manusia sesempurna insan…kita jangan mudah menyerah tanpa bertarung terlebih dahulu…maksudnya di sini, sekiranya apa yang kita inginkan tidak dapat dikecapi, jangan kita terus berputus asa…tetapi, kita perlu bangkit dan berusaha dengan lebih gigih. Pasti kejayaan akan menjadi milik kita…alihkan mata mu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan…tapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya… begitulah dengan kehidupan manusia…riang tawa tapi hanya God yang tahu rahsia kehidupan…jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai…airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang…jika rasa sedih, pandanglah ke langit… sedarlah bahawa Allah sentiasa bersama kita…walau apa yang terjadi, kita tak perlu takut dan risau kerana kita tidak keseorangan…kita masih ada God di sisi kita…perbanyakkan berdoa dan seterusnya bertawakal…sentiasa percaya dan yakin pada Yang Maha Kuasa…akan ada jalan terbaik untuk dilalui di kemudian hari…akhir kata, sebaik-baik yang sempurna, masih terdapat kekurangan di dalamnya…itulah lumrah manusia…wallahuallam…